Apple melalui kemas kini iOS 27.3 Beta telah memperkenalkan ciri baru yang dinamakan sebagai Face Unlock pada iPhone Duo.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menyahkunci peranti melalui kamera hadapan tanpa perlu menggunakan Touch ID seperti sebelum ini. Walau bagaimanapun, ciri ini tidak sama seperti Face ID yang tersedia pada siri iPhone 18, sebaliknya ciri ini hanya menggunakan kamera hadapan untuk mengesan wajah pengguna sahaja.
Berbeza dengan Face ID, Face Unlock pada iPhone Duo tidak menyokong teknologi keselamatan tambahan dan hanya boleh digunakan untuk menyahkunci peranti. Selain itu, untuk transaksi seperti Apple Pay, pembelian aplikasi dan pengesahan kata laluan masih memerlukan Touch ID.
Buat masa ini, iOS 27.3 hanya tersedia untuk pembangun dalam versi beta. Kemas kini versi beta awam dijangka tiba tidak lama lagi sebelum dilancarkan kepada semua pengguna selepas fasa pengujian selesai.