Ciri yang ditunggu oleh kebanyakkan penguna kini tiba pada aplikasi Instagram. Melalui ciri baru ini, pengguna kini boleh menyunting stories yang telah dimuat naik tanpa perlu memadam atau memuat naik semula kandungan yang telah dikongsi.
four new Stories upgrades are here:
— Instagram (@instagram) November 18, 2026
📸 easier multi-select
✏️ edit after posting
🖼️ backgrounds for any photo size
💅 fresh stickers pic.twitter.com/iscNto0JRx
Dengan ciri ini, pengguna boleh membetulkan kesilapan seperti tersalah penggunaan teks, muzik yang tidak tepat, atau perubahan sticker selepas stories dimuat naik. Untuk menyunting story, pengguna hanya perlu menekan butang More pada bahagian bawah kanan story kemudian plilih Edit story.
Seterusnya, pengguna boleh menyunting teks, muzik, sticker atau sebagainya sebelum menyimpan kandungan perubahan tersebut. Walau bagaimanapun, ciri suntingan mempunyai had masa iaitu 15 minit selepas story dimuat naik. Selepas tempoh tersebut tiada lagi sokongan untuk menyunting story yang telah dihantar.
Selain ciri suntingan Story, Instagram turut memperkenalkan beberapa lagi penambahbaikan lain, termasuk rekaan sticker baru, pilihan latar belakang untuk gambar dengan pelbagai saiz serta cara yang lebih mudah untuk memilih dan memuat naik beberapa gambar dalam satu hantaran.