Apple kini secara rasminya menjadi syarikat pertama di dunia yang bernilai $3 trilion. Kejayaan tersebut dicapai selepas saham Apple melonjak naik dan didagangkan pada harga $192.39 sesaham, sekaligus memperlihatkan peningkatan sekitar 47% tahun ini.
Apple mula menjadi syarikat paling berharga di dunia pada 2011 dengan nilai $340 bilion. Seterusnya menjadi syarikat bernilai $1 trillion pada pertengahan 2018 dan menjadi syarikat $2 trillion pada 2020. Apple juga adalah syarikat terawal dari Amerika Syarikat yang mencapai $2 trillion, menyertai Saudi Aramco yang merupakan syarikat pertama dengan nilai $2 trilion.
Lebih menarik, Apple mungkin boleh melupakan nilai $3 trilion dan seterusnya akan menjadi syarikat pertama di dunia yang bernilai $4 trillion pada tahun 2025. Nilai syarikat Apple pada ketika ini boleh disamakan dengan 5 syarikat Tesla, Meta, Berkshire Hathaway, UnitedHealth dan Visa, apabila digabungkan.
Syarikat seterusnya yang dijangka akan mencapai nilai $3 trillion adalah syarikat minyak dan gas Saudi Aramco $2 trilion, Google Alphabet $1.5 trilion , Amazon $1.3 trilion, dan Nvidia $1 trilion.