![]() |
Sumber : Tecnizio Concept X Super Roader |
Antara kekurangan yang ada pada Samsung Galaxy Z Flip4 adalah skrin luaran yang kecil menjadikan penggunaan skrin luar agak terhad kepada beberapa fungsi sahaja. Namun, kekurangan tersebut dijangka akan diselesaikan pada Samsung Galaxy Z Flip5 berdasarkan dari beberapa imej dan video yang tertiris didakwa sebagai Samsung Galaxy Z Flip5.
![]() |
|
|
Berdasarkan imej dan video yang tertiris, memperlihatkan Samsung Galaxy Z Flip5 akan hadir dengan skrin luaran yang lebih besar. Yang mana, hampir keseluruhan bahagian luar dijadikan sebagai paparan. Dengan skrin luaran yang lebih besar ia membolehkan pelbagai tugas dilakukan tanpa perlu membuka skrin utama sekaligus dapat memudahkan pengguna.
![]() |
|
|
Selain akan hadir dengan skrin luar yang lebih besar, Samsung Galaxy Z Flip5 dijangka akan turut hadir dengan teknologi engsel yang lebih baik yang membolehkan peranti ditutup dengan lebih rapat tanpa ruang yang lebih ketara. Terdapat juga penarafan IPX8 menjadikan peranti ini sesuai untuk pengguna yang suka melakukan aktviti luar.
Dengan sejumlah perubahan dari segi reka bentuk, Samsung Galaxy Z Flip5 dijangka akan menjadi pilihan popular untuk segmen peranti boleh lipat seperti mana model sebelumnya.