![]() |
Sumber : Front Page Tech |
Umum sedia maklum mengenai fungsi Face ID yang ada pada peranti Apple tidak boleh digunakan sewaktu menggunakan pelitup muka berikutan Pandemik yang melanda ketika ini.
![]() |
Sumber : Front Page Tech |
Berikutan itu, terdapat laporan mengatakan yang Apple kini sedang menguji teknologi baru Face ID yang mungkin akan digunakan pada siri iPhone 13. Yang membolehkan pengguna nyah-kunci peranti dengan pelitup muka.
Apple nampak telah menjumpai jalan penyeleasaian bagi masalah sebelum ini. Walaupun sebelum ini Apple telah pun memberikan kemaskini perisian iOS 14.5 yang membolehkan pengguna nyah-kunci peranti dengan Apple Watch ketika diluar.
![]() |
Sumber : Front Page Tech |
Melalui dari imej yang diperlihatkan di mana iPhone 12 dipasangkan dengan teknologi Face ID generasi baru bersama dengan susunan sensor yang baru. Dan apa yang menarik adalah Apple menguji Face ID ini dengan skala yang besar. Apple dikatakan meminta pekerja mendaftar Face ID pada iPhone 13 seperti biasa kemudian nyah-kunci peranti dengan menggunakan pelitup muka.
Ujian yang dijalankan oleh Apple turut dilakukan dalam keadaan persekitaran yang berbeza-beza seperti dalaman atau luaran yang merangkumi setiap jenis pelitup muka.
Walaubagaimanapun, maklumat ini masih lagi terlalu awal untuk disahkan. Namun, ia merupakan salah satu perkara yang positif untuk dilihat bagaimana Apple menyelesaikan masalah yang dihadapi berikutan Pandemik ketika ini.