Close

Walaupun Proton X50 baru dilancarkan, sudah ada yang persoalkan ‘tentang alat ganti yang sukar dapat’

Umum sedia maklum bahawa Proton baru sahaja melancarkan kereta SUV Segmen-B terbaru mereka iaitu Proton X50 dengan pelbagai teknologi canggih seperti auto parkir, enjin 1.5L Turbo GDi, kotak gear 7-kelajuan, ADAS 2.0, pemanduan sendiri, kamera 360, penghawa dingin bahagian belakang dan pelbagai lagi.
Harga yang ditawarkan juga cukup kompetitif dengan teknologi ada pada Proton X50 iaitu RM79,200 untuk Standard 1.5T, RM84,800 untuk Executive 1.5T, RM93,200 untuk Premium 1.5L dan RM103,300 untuk 1.5 TGDi Flagship tidak termasuk cukai jalan dan insuran.
Namun dalam kemeriahan sambutan Proton X50, sudah ada yang mula persoalkan tentang alat ganti yang sukar dapat oleh kerana ini adalah model pertama SUV Segmen-B dari Proton dan kereta kedua yang dijenamakan semula dari Geely selepas X70.
Sumber : Group FB Proton X70
Hal ini pernah dihebohkan melalui Facebook sebelum ini tentang pengguna Proton X70 yang mempunyai sedikit kerosakan dan ingin servis kereta, namun alat ganti yang diperlukan tiada. Malah, perlu ditempah dan ambil masa yang lama.

“Aku tunggu spare part absorber masalah bunyi nak dekat 2 bulan masih senyap…”

Sumber : Group FB Proton X70
Perkara ini sememangnya adalah satu isu yang tidak sedap didengar apabila kita sudah membeli kereta dengan harga lebih RM100,000. Lebih-lebih lagi kereta jenama tempatan yang menjadi harapan yang tinggi oleh rakyat Malaysia dengan teknologi yang memenuhi kehendak pasaran.
Sumber : Group FB Proton X50
Namun, Proton X50 masih baru dalam pasaran. Jadi, masih terlalu awal dan sukar untuk dinilai sama ada alat ganti mudah dicari atau tidak. 
Mungkin juga pihak Proton sudah sedia maklum tentang hal ini dan bersiap sedia tentang ketiadaan alat ganti untuk meningkatkan mutu perkhidmatan lepas jualan. Dan harap tiada isu tentang tiada alat ganti untuk Proton X50 sepertimana yang dihadapi oleh beberapa pengguna Proton X70.
Harapnya pihak Proton lebih peka dan selesaikan isu ini sebaik mungkin agar tidak terjadi pada model-model baru kereta Proton kelak. Sekaligus memberi kepuasan pada pengguna dan berbangga menggunakan kereta jenama tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN