Close

Skor MediaTek Dimensity 2000 melepasi 1 Juta di AnTuTu


MediaTek
sebelum telah pun melancarkan dua cip premium mereka iaitu Dimensity 1100 dan 1200. Namun prestasi kedua-dua cip tersebut dilihat tidak setara dengan pretasi yang ditawarkan oleh Snapdragon 888.

Justeru itu, MediaTek bakal mengumumkan barisan baru cip mereka untuk tahun akan datang. Dan akan menjadi pengeluar pertama menampilkan cip dengan teknologi 4nm. Salah satunya adalah MT6983 yang mungkin akan dikenali sebagai Dimensity 2000.


Baru-baru ini, tertiris mengenai skor AnTuTu yang melepasi skor 1 Juta dicatatkan oleh sebuah peranti dari Vivo nombor model V2184 dengan cip MT6983. Sekaligus menjadi peranti Android pertama dengan jumlah skor lebih dari 1 Juta. Maklumat ini telah dilaporkan oleh Ice Universe melalui Twitternya dan turut disahkan oleh AnTuTu.

Skor tertinggi dicatatkan oleh peranti Android di AnTuTu sebelum ini adalah sekitar 800,000 dengan cip Snapdragon 888 pada model Red Magic 6.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN