Beberapa minggu lalu seorang Jurutera di Switzerland bernama Ken Pillonel telah berjaya mengubahsuai sebuah iPhone X dari port Lightning kepada port USB-C. Apa yang menarik adalah port USB-C berjaya diubahsuai untuk berfungsi secara sepenuhnya tanpa sebarang masalah untuk pengecasan dan juga pemindahan data.
Terkini, iPhone X dengan USB-C pertama di dunia telah berjaya dijual melalui eBay dengan harga RM357,000. Sebelum ini, Ken Pillonel telah pun memuatnaik iklan penjualan iPhone USB-C di eBay yang dijual secara membida.
Pillonel turut meletakkan beberapa syarat kepada pembeli seperti tidak boleh mengemas kini, tidak boleh melakukan factory reset, tidak digunakan sebagai peranti harian, dan tidak boleh dibuka. Pembeli juga diingatkan tidak melanggar mana-mana syarat kerana ia adalah sebuah Prototaip.
Buat mereka yang ingin mengubahsuai iPhone X kepada port USB-C, Pillonel telah memuat naik video berdurasi 14 minit bagaimana ia menukar port Lightning kepada USB-C. Walaupun begitu,dalam kehidupan sebenar perkara sebegini adalah jauh lebih kompleks.