Aplikasi suntingan video dari Meta iaitu Edits kini boleh dimuat turun untuk pengguna Android dan juga iOS. Edits adalah aplikasi khusus yang diperkenalkan untuk bersaing dengan CapCut dari TikTok.

Edits merupakan aplikasi suntingan video untuk peranti mudah alih dan diterbitkan di bawah Instagram. Hadir dengan pelbagai fungsi dan kemampuan seperti suntingan video terus pada peranti, eksport video tanpa sebarang logo, suntingan yang dikuasakan oleh AI dan juga boleh berkongsi secara terus ke Instagram atau platform media lain.

Selain itu, Edits turut membolehkan pengguna menyunting video dengan lapisan berbeza dan menambah pelbagai kemasan khas pada video. Untuk masa akan datang, lebih banyak fungsi menarik yang akan ditawarkan pada aplikasi ini.
Aplikasi ini tersedia secara percuma untuk pengguna Android dan iOS. Untuk log masuk, ia boleh dilakukan dengan menggunakan akaun Instagram.