Close

3 perkara menarik mengenai Samsung AI Home

Pada acara Southeast Asia Tech Seminar 2025 yang berlangsung di Thailand, Samsung telah memperlihatkan inovasi rumah pintar yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Visi Samsung mengenai rumah pintar adalah untuk menjadikan gaya hidup lebih lancar dan saling terhubung melalui teknologi pintar.

Untuk itu, Samsung telah mengetengahkan komitmen mereka melalui konsep ‘AI Home‘ yang berteraskan kepada empat perkara utama iaitu Mudah (Ease), Jimat (Save), Prihatin (Care) dan Selamat (Secure).

Home Living Made Simple: Samsung AI Home

Antara yang menarik mengenai Samsung AI Home adalah AI Home Display, yang mana ia kini tersedia pada lebih banyak produk. Membolehkan kawalan rumah dibuat secara menyeluruh melalui Map View dan SmartThings tanpa memerlukan sebarang hab tambahan. Lebih menarik, ia turut menyokong produk pihak ketiga yang disambungkan melalui aplikasi SmartThings.

Kemampuan Bixby turut dipertingkat kini menyokong ciri Voice ID untuk pengecaman suara pengguna. Melaluinya juga, pengguna boleh menyelaraskan pelbagai perkara seperti kalendar peribadi dan menetapkan aksesibiliti dari peranti. SmartThings turut hadir dengan ciri baru iaitu Family Care, pantau aktiviti ahli keluarga dan menerima maklumat sekiranya berlaku perubahan corak penggunaan. Ciri ini dilindungi dengan Samsung Knox.

Smarter Laundry, Greater Efficiency

Samsung terus menjadi jenama terawal yang menawarkan penyelesaian kepada dobi atau laundry dengan ciri dipertingkatkan AI untuk memberikan untuk jadi lebih efisien dan mudah. Untuk itu, Samsung kini sedia memperluaskan sokongan teknologi AI Wash untuk model top-load washer. Sebelum ini, teknologi tersebut tersedia secara eksklusif pada front-load washers.

Bukan itu sahaja, model top-load washer turut hadir dengan pelbagai ciri AI lain seperti AI Energy Mode dan AI VRT+. Selain itu, model Bespoke AI Washer & Dryer baru kini hadir dengan ciri AI Wash+ dan AI Dry+, yang mampu mengenal pasti jenis fabrik dan mengoptimumkan cucian.

Innovative Refrigeration Solutions

Seiring dengan visi Samsung untuk menjadikan tugas harian lebih mudah dan efisien. Sokongan AI Home kini diperluaskan kepada lebih produk termasuklah refrigerator. AI Home bersaiz 9-inci kini dimuatkan pada model refrigerator baru dan turut menyokong ciri Family Hub yang dikuasakan oleh AI.

Buka itu sahaja, model refrigerator Side-by-Side turut hadir dengan ciri menarik seperti AI Energy Mode untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan Wide Auto Open yang membolehkan pintu dibuka dengan hanya sentuhan ringan.

ARTIKEL BERKAITAN