Close

Spotify bakal naikkan harga langganan di beberapa pasaran

Spotify mengumumkan yang mereka bakal menaikkan harga langganan untuk pengguna individu bermula September ini.

Kenaikkan harga langganan ini akan terkesan di beberapa pasaran seperti Asia Selatan, Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika. Menurut Spotify, notis kenaikkan harga langganan akan dimaklumkan kepada pengguna melalui emel secara berperingkat.

Untuk pasaran Eropah seperti Sepanyol, Itali dan Portugal. Kenaikkan harga langganan yang dikenakan adalah €1 (RM4.90) menjadikan harga langganan baru adalah €11.99 (RM58.80) sebulan berbanding €10.99 (RM53.89) sebulan.

Walaupun jumlah pelanggan premium meningkat kepada 276 juta pengguna, namun Spotify gagal mencapai sasaran pendapatan untuk suku kedua 2025. Berdasarkan kepada laporan kewangan, Spotify gagal capai sasaran pendapatan sebanyak $100 juta.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN