Close

vivo V60 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

vivo secara rasmi mengesahkan ketibaan siri V baru iaitu V60 ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti ini akan menjadi pengganti model semasa iaitu V50 yang diperkenalkan pada Mac lalu.

Seperti model sebelumnya, siri V kekal memfokuskan kepada pengalaman fotografi yang lebih baik melalui kamera Zeiss. Seiring dengan ketibaanya, vivo turut berkongsi beberapa maklumat mengenai spesifikasi peranti ini.

vivo V60 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan FlashCharge 90W. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang 50MP + 50MP + 8MP dengan sistem kamera Zeiss

Peranti ini turut menyokong dua penarafan iaitu IP68 dan IP69 serta menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Berry Purple, Mist Grey dan Summer Blue.

ARTIKEL BERKAITAN