Berita gembira untuk peminat Apple di Malaysia, jam tangan pintar baru Apple iaitu Watch Series 11 kini boleh mula dibeli di Malaysia.

Apple Watch Series 11 hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan menawarkan ketahana dua kali ganda lebih tahan calar berbanding generasi sebelumnya. Buat pertama kalinya, Apple Watch Series 11 hadir dengan sokongan selular 5G. Sebelum ini, hanya model Apple Watch SE dan Apple Watch Ultra yang menyokong selular.

Peranti ini hadir dengan notifikasi Hypertension, yang mampu mengesan tanda tekanan darah tinggi kronik dengan menggunakan sensor optikal dan algoritma pembelajaran mesin. Terdapat juga ciri Sleep Score, yang memberi gambaran menyeluruh tentang kualiti tidur berdasarkan kadar denyutan jantung, pola pernafasan dan konsistensi waktu tidur.
Dari segi ketahanan bateri, Apple mendakwa ia mampu bertahan sehingga 24 jam yang menyokong pengecasan pantas dengan 15 minit pengecasan mampu memberikan 8 jam penggunaan.


Selain Apple Watch Series 11, dua lagi jam tangan pintar baru iaitu Apple Watch SE 3 dan Apple Watch Ultra 3 turut boleh dibeli di Malaysia. Untuk harga jualan, Apple Watch Series 11 dijual pada harga bermula RM1799, Apple Watch SE 3 bermula RM1049 dan Apple Watch Ultra bermula RM3699.