Close

OnePlus 15T diperkenalkan – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, bateri 7500mAh dan pengecasan 100W

OnePlus 15T menjadi peranti terbaru yang diperkenalkan oleh OnePlus di China. Peranti ini tidak hanya memfokuskan kepada prestasi, namun turut menawarkan ketahanan bateri yang lebih panjang.

OnePlus 15T hadir dengan skrin AMOLED besaiz 6.32-inci yang menyokong paparan 165Hz dan kecerahan puncak sehingga 3600 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP Periskop Telefoto dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 7500mAh yang menggunakan teknologi silikon karbon, menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Spesifikasi lain, ia hadir dengan penarafan IP66, IP68, IP69K, pengimbas jari bawah skrin ultrasonik, WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16.

OnePlus 15T dijual pada harga bermula sekitar CNY4299 (RM2466) untuk 12GB + 256GB dan CNY5699 (RM3270) untuk 16GB + 1TB. Peranti ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu white, brown dan green.

ARTIKEL BERKAITAN