Close

Apple Maps bakal menyokong iklan tak lama lagi

Apple bakal mengumumkan aplikasi Maps akan menyokong pengiklanan tidak lama lagi. Perkara tersebut dijangka akan diumumkan seawal bulan ini.

Apple sebelum ini, telahpun mempertimbangkan untuk memaparkan iklan pada Apple Maps. Langkah tersebut dikatakan sebahagian daripada usaha Apple untuk menjana lebih banyak pendapatan melalui perkhidmatan atau Services.

Sistem iklan yang akan digunakan pada Apple Maps dikatakan hampir sama seperti pada Google Maps atau seperti search ads di App Store. Pembangun mempunyai pilihan untuk membayar pada Apple bagi memaparkan aplikasi mereka berada di kedudukan teratas pada hasil carian dalam aplikasi navigasi.

Walau bagaimanapun, hasil carian biasa tetap akan dipaparkan, namun bagi sesetangah lokasi yang dibayar akan mendapat kedudukan dan keutamaan pada hasil carian. Sokongan iklan ini dikatakan tidak terhad kepda iPhone sahaja, tetapi akan turut tersedia pada Apple Maps versi web, MacOS dan iPadOS.

ARTIKEL BERKAITAN