Acara Worldwide Developer Conference 2026 (WWDC26) akan berlangsung pada 8 hingga 12 Jun. Buat yang tidak mengetahui, WWDC merupakan acara tahunan Apple bagi memperkenalkan perisian dan hala tuju teknologi.

Seperti kebiasaan, Apple dijangka akan memperlihatkan perisian dan teknologi baru yang akan dibawakan pada macOS, iOS, iPadOS, watchOS, tvOS dan juga VisionOS. Untuk iOS 27, Apple mungkin akan memfokuskan kepada integrasi AI yang lebih mendalam.
Apple berkemungkinan tidak akan melakukan perubahan ketara pada antaramuka iOS 27, sebaliknya hanya perubahan kecil akan dilakukan untuk menjadikan ia lebih kemas dan menarik.
Selain itu, pratonton awal untuk sistem operasi baru ini akan turut ditawarkan oleh Apple bagi membolehkan pembangun mengkaji dan menggunakan ciri baru dengan lebih awal.