Nothing mengesahkan peranti baru mereka iaitu Phone (b) akan diperkenalkan secara pada 7 Julai untuk pasaran India dan juga global.
Phone (4b).
— Nothing India (@nothingindia) June 23, 2026
Kept sketching the Phone (4a) series and accidentally made a new phone.
7 July, 3:30 PM. pic.twitter.com/pHqspOmgKH
Maklumat tersebut dikongsi oleh Nothing India melalui media sosial rasmi mereka, turut memperlihatkan lakaran rekaan yang lebih jelas mengenai penampilan peranti tersebut.

Sebelum ini, Nothing telahpun berkongsi beberapa maklumat awal mengenai Phone (4b) mungkin hadir dengan tetapan satu kamera belakang. Namun, lakaran terkini menunjukkan konfigurasi yang berbeza. Memperlihatkan modul kamera berbentuk pil yang disusun secara menegak dan ditempatkan dalam bonggol kamera berbentuk segi empat tepat.
Selain itu, lakaran tersebut turut menunjukkan jalur mendatar pada bahagian bonggol kamera yang mirip seperti sistem glyph yang digunakan pada Nothing Phone (4a). Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah ia sistem glyph sebenar atau sekadar rekaan sahaja.