Ketibaan iPhone boleh lipat pertama dari Apple semakin hampir selepas terdapat laporan menyatakan Samsung bakal memulakan pengeluaran panel skrin untuk peranti tersebut.

Menurut laporan terbaru, Samsung Display dikatakan telah menerima kelulusan untuk memulakan pengeluaran panel OLED untuk iPhone boleh lipat selepas berjaya mencapai kadar hasil pengeluaran (yield) melebihi 80%. Sebelum ini, terdapat laporan mendakwa Apple telah memilih Samsung Display sebagai pembekal eksklusif panel OLED untuk iPhone boleh lipat untuk generasi pertama mereka.

Apple berkemungkinan akan menggunakan panel OLED dengan teknologi M16, tawar tahap kecerahan yang lebih tinggi, penghasilan warna yang lebih baik, penggunaan tenaga yang lebih cekap serta jangka hayat yang lebih panjang berbanding generasi sebelumnya.
Selain itu, panel tersebut juga dipercayai menggunakan teknologi Color Filter on Encapsulation (CoE), yang membantu menghasilkan skrin lebih nipis dan cekap tenaga.