Close

Samsung mengumumkan teknologi storan UFS 5.0

Samsung mengumumkan teknologi storan UFS 5.0 yang akan digunakan pada peranti seperti fon, tablet dan sebagainya.

Menurut Samsung, teknologi UFS 5.0 mampu menawarkan prestasi sehingga dua kali ganda lebih pantas berbanding UFS 4.1 yang digunakan pada kebanyakan peranti premium ketika ini. Teknologi ini dibangunkan berdasarkan standard memori terkini daripada JEDEC.

Teknologi ini mampu mencapai kelajuan membaca sehingga 10.8GB/s dan kelajuan menulis sehingga 9.8GB/s. Peningkatan prestasi ini dikatakan penting bagi menyokong penggunaan kecerdasan buatan (AI) pada peranti, khususnya model bahasa besar (LLM) yang dijalankan secara terus pada fon tanpa memerlukan sambungan rangkaian.

Selain peningatan pada kelajuan, UFS 5,0 juga dikatakan lebih cekap tenaga berbanding UFS 4.1. Dari segi reka bentuk, UFS 5.0 adalah 16.7% lebih kecil berbanding generasi sebelumnya membolehkan pengeluar memanfaatkan ruang tambahan untuk komponen lain.

Samsung dijangka memulakan pengeluaran besar-besaran untuk teknologi storan UFS 5.0 pada suku keempat tahun ini dengan kapasiti storan yang ditawarkan sehingga 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN