Close

LRT3 mula beroperasi – Naik percuma selama sebulan

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) kini mula beroperasi secara rasmi, dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di kawasan tersebut.

Seiring dengan perasmian tersebut, kerajaan mengumumkan perkhidmatan tersebut ditawarkan secara percuma selama sebulan bermula dari 29 Jun hingga 31 Julai 2026. Tawaran tersebut turut merangkumi 20 stesen di laluan Shah Alam, perjalanan percuma di 13 laluan Bas Perantara Shah Alam (tidak termasuk Rapid KL On-Demand) dan parkir percuma di 6 lokasi Park N Ride.

Walau bagaimanapun, tawaran tersebut hanya tersedia untuk laluan Shah Alam sahaja. Untuk waktu operasi, LRT3 dijadualkan bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam dengan frekuensi setiap 8 minit pada waktu puncak dan 10 hingga 15 minit pada waktu luar puncak.

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dibina sepanjang 37.8 kilometer menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang, menggunakan platform jenis ‘side platform’ di 10 stesen dan ‘island platform’ di 10 stesen yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN