Microsoft mengumumkan harga konsol mereka iaitu Xbox akan dinaikkan di seluruh dunia bermula 1 Ogos 2026, kenaikkan harga ini disebabkan oleh kos komponen yang semakin membebankan industri permainan video.

Kenaikkan ini merangkumi Xbox Series X dan juga Series S, Untuk Xbox Series S ia kini ditawarkan pada harga bermula $500 (RM2043) untuk storan 512GB meningkat sekitar $100 (RM408). Manakala untuk, Xbox Series X pula, ia ditawarkan pada harga bermula $750 (RM3065) untuk storan 1TB meningkat sebanyak $50 (RM204).
Menurut CEO Xbox iaitu Asha Sharma, kos komponen memori telah meningkat beberapa kali menjadikan syarikat tidak lagi boleh menyerap kos tersebut. Ini merupakan kenaikan kali kedua yang dilakukan oleh Microsoft dalam tempoh kurang setahun.

Walaupun harga konsol meningkat, Microsoft menegaskan bahawa Xbox Series S kekal sebagai pilihan konsol Xbox paling mampu milik untuk menikmati pelbagai permainan utama yang bakal dilancarkan tahun ini.