Close

Kerajaan tawar rebat RM200 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga

Kerajaan mengumumkan rebat RM200 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang.

Rebat ini ditawarkan melalui Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) dan dilaksanakan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia). Melaluinya, diskaun rebat sebanyak RM200 akan diberikan pada pengguna domestik atau isi rumah bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang.

Program ini merupakan sebahagian dari langkah kerajaan dalam membantuk rakyat menghadapi cabaran krisis bekalan berikutan peningkatan kos tenaga. Selain itu, perlaksanaan ini adalah untuk mengalakkan rakyat beralih kepada peralatan elektrik yang cekap tenaga, khususnya penyaman udara atau peti sejuk.

Perlaksanaan program ini dijangka akan dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 555.25 gigawatt-jam (GWh), bersamaan penjimatan kos sebanyak 250.72 juta bagi tempoh lima tahun. Program ini akan dibuka bermula 1 Julai 2026 ini dengan permohonan boleh dibuat melalui laman NUR@PETRA 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN