Close

Samsung Galaxy Card diperkenalkan – Pesaing kepada Apple Card

Samsung secara rasmi memperkenalkan Galaxy Card untuk pengguna di Amerika Syarikat, kad kredit baru yang menawarkan pelbagai ganjaran kepada pengguna.

Galaxy Card dibangunkan dengan kerjasama Barclays US Consumer Bank dan Visa, hadir dalam dua pilihan iaitu kad fizikal dengan kemasan logam bersama logo hitam Samsung atau kad digital. Galaxy Card dikatakan sebagai pesaing terus kepada Apple Card.

Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Galaxy Card seperti 5% pulangan tunai untuk pembelian produk Samsung, 3% pulangan tunai bagi transaksi menggunakan Samsung Wallet, 2% pulangan tunai untuk perkhidmatan penstriman yang layak, 1% pulangan tunai untuk semua pembelian lain.

Selain itu, pemegang kad turut menikmati diskaun 20% untuk Samsung VIP Advantage serta 5% pulangan tunai apabila membeli atau memperbaharui keahlian Samsung VIP Advantage. Kad ini dilindungi dengan Samsung Knox dan boleh disimpan dalam Samsung Wallet bersama kad lain, ID digital, pas, atau kunci digital .

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN