Close

Wise kini menyokong pembayaran DuitNow QR

Wise mengumumkan yang mereka kini menyokong pembayaran DuitNow QR secara terus melalui aplikasi Wise.

Menurut Wise, mereka kini mempunyai akses terus kepada infrastruktur pembayaran nasional Malaysia yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet). Melaluinya Integrasi ini, ia membolehkan Wise menyokong DuitNow, sekali gus memudahkan pengguna membuat pembayaran dan pemindahan wang dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Selain pembayaran melalui kod QR, Wise turut memperkenalkan sokongan kepada DuitNow Transfer. Pengguna boleh menghantar wang menggunakan hanya nombor telefon bimbit atau nombor kad pengenalan (NRIC) penerima tanpa perlu memasukkan nombor akaun bank.

Sambungan terus kepada sistem pembayaran tempatan membolehkan syarikat mengurangkan kebergantungan kepada perantara tradisional. Pendekatan ini membantu mengurangkan kos pemprosesan dan meningkatkan kelajuan transaksi.

Infrastruktur ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna individu, malah turut tersedia kepada bank dan institusi kewangan melalui Wise Platform. Sokongan ini telahpun ditawarkan secara berperingkat dan akan diperluaskan dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN