Aplikasi permesejan iaitu Telegram dilaporkan kembali tersedia di App Store selepas dibuang atau dialih keluar oleh Apple.
Sebelum ini, aplikasi Telegram tersebut tidak boleh dikemas kini atau dimuat turun melalui App Store. Namun begitu, pengguna yang telah memasang aplikasi tersebut sebelum ini masih boleh menggunakan perkhidmatan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
JUST IN: Telegram removed from the Apple App Store worldwide. pic.twitter.com/VlYyQ99W73
— Watcher.Guru (@WatcherGuru) August 4, 2026
Apple mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan aplikasi Telegram telah dialih keluar daripada App Store selepas mendapati terdapat kandungan penderaan seksual kanak-kanak (Child Sexual Abuse Material, CSAM) yang melanggar garis panduan platform tersebut.
Walau bagaimanapun, aplikasi itu tersedia semula sejurus selepas Telegram bertindak memadam kandungan berkenaan serta menggantung akaun pengguna yang terlibat. Apple menetapkan semua aplikasi yang membenarkan kandungan dijana oleh pengguna perlu memantau dan membuang kandungan yang menyalahi undang-undang serta melanggar garis panduan platform.
Ini bukan kali pertama Telegram berdepan dengan masalah seperti ini. Pada 2018, Apple pernah membuang aplikasi itu daripada App Store selepas mendapati terdapat kandungan yang dianggap tidak sesuai di platform tersebut.