Close

Minimal Phone 2 diperkenalkan dengan papan kekunci QWERTY fizikal dan bateri 3000mAh

Minimal secara rasmi memperkenalkan fon baru mereka iaitu Minimal Phone 2. Hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Minimal Phone 2 masih mengekalkan identiti utama mereka iaitu hadir dengan papan kekunci QWERTY fizikal yang mempunyai lampu backlit. Peranti ini tidak lagi menggunakan skrin jenis e-paper 4.3-inci sebaliknya menggunakan skrin AMOLED bersaiz 3.92-inci dengan paparan 90Hz.

Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8300 dengan konfigurasi memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan kapasiti bateri 3000mAh yang menyokong pengecasan 27W berwayar dan 15W tanpa wayar.

Untuk fotografi, Minimal Phone 2 dilengkapi dengan satu kamera utama 50MP f/1.8 di bahagian belakang dan kamera swafoto 20MP f/2.0. Minimal turut menyertakan beberapa ciri menarik lain seperti butang khas yang boleh ditetapkan untuk fungsi tertentu dan terdapat lampu LED untuk notifikasi.

Untuk spesifikasi lain, Minimal Phone 2 turut hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan menyokong bicu audio 3.5mm. Minimal Phone 2 ditawarkan pada harga bermula sekitar $599 (RM2449) yang boleh dipra-tempah melalui kempen Kickstarter.

ARTIKEL BERKAITAN