Sejak beberapa bulan lalu, laporan mengenai iPhone dengan rekaan ‘serba kaca’ yang akan diperkenalkan sempena ulang tahun ke-20 telah hangat diperketatkan. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat lain mendedahkan pembangunan peranti tersebut telah dibatalkan oleh Apple.
Dalam perkembangan terbaru, penganalisis terkenal Bloomberg iaitu Mark Gurman menyatakan pembangunan peranti tersebut masih berjalan seperti yang dirancang dan tidak dibatalkan. Menurut beliau, Apple kekal dengan rancangan untuk memperkenalkan iPhone dengan rekaan kaca sepenuhnya sempena ulang tahun ke-20 peranti itu pada tahun 2027.

Apple berkemungkinan akan menggunakan nama iPhone 20 Pro dan iPhone 20 Pro Max sempena ulang tahun ke-20. Tampil dengan rekaan baru yang berasaskan kepada kaca jenis melengkung pada bahagian depan dan juga belakang. Kedua-dua model ini akan dikenali dengan kod nama V73 dan V74 secara dalaman.
Selain hadir dengan rekaan serba kaca, iPhone 20 Pro dan iPhone 20 Pro Max dijangka akan turut menerima beberapa peningkatan lain seperti saiz skrin yang lebih besar, sistem penyejukan yang lebih baik dan rekaan yang lebih nipis.