Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan penalti kewangan pentadbiran sebanyak RM637,500 terhadap Setel Ventures Sdn. Bhd. (Setel) kerana gagal mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar atau Targeted Financial Sanctions (TFS).

Denda atau penalti tersebut telah dikenakan pada 15 April 2026 dan Setel telahpun menyelesaikan bayaran tersebut iaitu sebanyak RM637,500 kepada BNM pada 6 Mei 2026.
Setel dikatakan gagal mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar antaranya seperti tidak mengemas kini pangkalan data sekatan dengan segera, tidak menjalankan semakan sekatan terhadap pelanggan dalam pangkalan datanya dan tidak memastikan sama ada padanan yang dikesan merupakan padanan sebenar.
Berikutan kegagalan tersebut, BNM mendapati terdapat kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) serta sistem semakan sekatan yang digunakan oleh Setel. BNM berkata, proses ini penting bagi mengelakkan institusi kewangan dan sistem kewangan daripada disalahgunakan untuk aktiviti pembiayaan keganasan.
Walau bagaimanapun, Setel telah menyelesaikan isu tersebut dengan mengemas kini SOP dan menambah baik sistem dalaman bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan TFS pada masa hadapan.
Dalam masa yang sama, BNM turut memberi amaran tindakan penyeliaan atau penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana institusi yang gagal memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan