Close

Insta360 menjadualkan acara pelancaran kamera baru pada 22 April ini

Insta360 telah menjadualkan acara pelancaran kamera baru mereka pada 22 April ini. Kamera baru ini dijangka akan menawarkan kemampuan yang lebih baik dalam semua jenis situasi, keadaan dan pencahayaan.

Malangnya, tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh Insta360 mengenai kamera tersebut. Namun, melalui video promosi yang dikongsi melalui YouTube memperlihatkan beberapa maklumat seperti sensor yang lebih baik, ketahanan yang dipertingkat dan fungsi rakaman baru.

Selain itu, kamera baru ini dijangka akan turut menyokong pelbagai ciri suntingan video yang berasaskan kepada AI. Walau bagaimanapun, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya. Seperti biasa, sama-sama kita nanti.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN