Close

Redmi Turbo 4 Pro diumumkan – Guna cip Snapdragon 8s Gen 4 dengan bateri 7550mAh

Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu Redmi Turbo 4 Pro untuk pasaran China. Menarik mengenai peranti ini, ia merupakan peranti pertama hadir dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 dan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar 7550mAh.

Redmi Turbo 4 Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak pada 1600 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang dipadankan dengan 16GB LPDDR5X RAM dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS Sony LYT 600 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri sebesar 7550mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Dengan bateri yang besar, peranti ini turut boleh digunakan sebagai powerbank.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP66/IP68/IP69, pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2 berasaskan Android 15.

Di China, Redmi Turbo 4 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY1999 (RM1199) dan mencecah sehingga CNY2999 (RM1800). Peranti ini turut ditawarkan dalam edisi khas Harry Potter.

ARTIKEL BERKAITAN