Close

vivo V50 Lite kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1299

vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu V50 Lite. Peranti tidak hanya hadir dengan spesifikasi yang menarik tetapi ia turut menawarkan ketahanan yang lebih baik.

vivo V50 Lite hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1800 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Seperti model vivo yang lain, V50 Lite turut dimuatkan dengan fungsi Aura Light. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 90W. vivo mendakwa, bateri peranti ini mempunyai ketahanan sehingga 5 tahun.

Selain itu, peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti Circle to Search, AI Text, AI Album Intelligence, AI Superlink, dan AI Screen Translation dan lain-lain. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP65, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC dan menjalankan FuntouchOS 15 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, vivo V50 Lite dijual pada harga bermula RM1299 untuk 16GB + 256GB, RM1499 untuk 24GB + 256GB dan RM1699 untuk 24GB + 512GB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Titanium Gold, Phantom Black dan Fantasy Purple.

ARTIKEL BERKAITAN