Apple dilaporkan membatalkan rancangan untuk memperkenalkan skrin anti-reflektif baru pada iPhone 17 Pro.
Menurut laporan, Apple telah membatalkan rancangan untuk menggunakan skrin anti-reflektif selepas menghadapi masalah pengeluaran secara besar-besaran. Pengeluaran untuk skrin baru ini dikatakan terlalu rendah untuk memenuhi permintaan iPhone yang berjuta unit.

Pada Mac lalu, terdapat laporan mendedahkan yang Apple sedang membangunkan skrin baru dengan lapisan anti pantulan dan lebih tahan calar berbanding Ceramic Shield.

Ketika ini, Apple masih menggunakan skrin dengan lapisan oleophobic pada iPhone yang mengurangkan kesan cap jari. Tidak setanding dengan srkin yang digunakan oleh Samsung pada Galaxy S24 Ultra yang mampu mengurangkan 75% pantulan dan 4x lebih tahan calar.
Alternatif terbaik yang mungkin boleh digunakan oleh Apple adalah menggunakan nano-texture display pada iPhone yang seterusnya. Ketika ini, teknologi tersebut telahpun digunakan pada Mac dan iPad Pro untuk mengurangkan kesan silau.