Sony telah menjadualkan acara pelancaran Sony WH-1000XM6 pada 15 Mei ini. Perkara tersebut dikongsi melalui platform media sosial rasmi Sony Corporation.
Malangnya, tiada maklumat yang dikongsi oleh Sony mengenai WH-1000XM6. Namun begitu, terdapat beberapa laporan telah mendedahkan beberapa maklumat mengenainya.

Menurut laporan, WH-1000XM6 akan hadir dengan beberapa peningkatan dari segi rekaan, cip pemproses, bunyi dan juga fungsi Active Noise Cancellation (ANC). Untuk rekaan, WH-1000XM6 akan menggunakan rekaan yang sama seperti WH-1000XM4 sekaligus membolehkan ia dilipat.
Cip baru QN3 dijangka akan dimuatkan yang menawarkan kemampuan ANC 7x lebih pantas berbanding WH-1000XM5. Selain itu, ia bakal menyokong bunyi yang lebih baik dan berkualiti melalui pemacu baru 30mm jenis dinamik.