Close

Nintendo Switch 2 kini boleh dipra-tempah di Malaysia – Harga bermula RM2488

Konsol mudah alih dari Nintendo iaitu Switch 2 kini boleh dipra-tempah untuk pengguna di Malaysia. Penghantaran pertama konsol ini akan bermula pada 3 Julai 2025.

Untuk pasaran tempatan, Switch 2 dijual pada harga RM2488 untuk konsol sahaja dan RM2688 pula untuk konsol dan juga permainan Mario Kart World Bundle. Selain itu, Switch 2 turut hadir dengan penawaran aksesori dan juga permainan. Untuk aksesori ia dijual pada harga bermula RM165 manakala untuk permainan ia dijual pada harga bermula RM108.

Switch 2 hadir dengan pelbagai peningkatan yang menarik seperti skrin yang lebih besar, sokongan kawalan baru melalui Joy-Con 2 dan prestasi yang lebih berkuasa. Konsol ini turut menyokong storan dalaman lebih besar 256GB dan juga dua port sambungan USB-C untuk aksesori yang dletakkan pada bahagian bawah dan atas.

Bukan itu sahaja, konsol ini turut hadir dengan mod permainan yang lebih interaktif dengan ciri baru iaitu GameChat yang membolehkan pengguna berkongsi skrin secara langsung ketika bermain. Selain itu, konsol hadir dengan dock baru yang menyokong paparan sehingga 4K apabila disambungkan pada TV.

Ketika ini, konsol terbaru dari Nintendo iaitu Switch 2 telahpun terjual lebih dari 3.5 juta unit di seluruh dunia dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa. Konsol ini juga telah mencipta rekod baru menjadi konsol dengan jualan terpantas dalam sejarah Nintendo.

ARTIKEL BERKAITAN