Infinix telah menjadualkan acara pelancaran tablet baru mereka iaitu XPad 20 pada 8 Julai ini. Peranti ini dikatakan hadir dengan pakej menarik dan ditawarkan pada harga mampu milik.
XPad 20 akan menggunakan skrin bersaiz 11-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Selain itu, tablet ini mempunyai TÜV Rheinland yang mengurangkan pendedahan cahaya biru dan keletihan mata ketika digunakan untuk jangka masa panjang.

Menurut Infinix, XPad 20 akan dilengkapi dengan Infinix AI dan pembantu suara yang dikuasakan oleh DeepSeek-R1. Selain itu, ia beberapa ciri menarik seperti AI Translation dan juga AI Screen Recognition. Tablet ini akan ditawarkan dengan dua pilihan varian LTE dan juga WiFi.
Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh Infinix buat masa ini. Maklumat lebih lanjut hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.