Prototaip Google Pixel 10 telah disenaraikan dalam platform jual beli Goofish di China. Goofish merupaka platform jual beli barangan terpakai yang mirip seperti eBay.


Dengan penyenaraian tersebut, ia memberikan beberapa maklumat mengenai reka bentuk peranti tersebut. Secara keseluruhan, tiada perubahan rekaan yang ketara dari model sebelumnya. Kekal dengan rekaan skrin jenis rata dan kamera belakang jenis visor. Namun begitu, ia kini hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor tambahan telefoto.

Melalu penyenaraiannya, prototaip Pixel 10 tersebut dikatakan adalah unit EVT (Engineering Validation Test) namun pada imej yang dikongsi ia memaparkan sebagai DVT (Design Validation Test) iaitu unit sebelum peranti memasuki produksi akhir. Selain rekaan, imej papan induk dengan cip Tensor G5 turut diperlihatkan pada penyenaraian tersebut.
Siri Pixel 10 berkemungkinan akan tiba pada Ogos tahun ini. Selain fon, Google dijangka akan turut memperkenalkan Pixel Watch 4.