Close

Nvidia syarikat pertama di dunia capai nilai $4 trillion

Nvidia mencatat sejarah tersendiri selepas menjadi syarikat pertama di dunia yang mencapai nilai pasaran $4 trillion.

Dengan kejayaan ini, ia mengukuhkan lagi kedudukannya Nvidia sebagai gergasi terunggul dalam sektor kecerdasan buatan (AI). Nvidia kini menjadi nadi utama revolusi AI global melalui cip grafik berprestasi tinggi yang digunakan dalam pelbagai teknologi AI seperti machine learning, pusat data AI dan juga infrastruktur pengkomputeran awan.

Nvidia berkembang lebih pantas berbanding Apple dan Microsoft, mencapai nilai $1 trillion pada Jun 2023 dan terus meningkat kepada $3 trillion pada Jun 2025. Ketika ini, Microsoft dan Apple masing-masing mempunyai nilai pasaran $3 trillion.

Kejayaan Nvidia ketika ini bukan sekadar angka tetapi simbol dominasi dalam revolusi AI. Dengan permintaan terhadap AI yang terus melonjak, Nvidia dijangka akan kekal menjadi nadi utama sektor kecerdasan buatan (AI).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN