OpenAI memperkenalkan ciri baru pada ChatGPT yang dinamakan sebagai Study Mode. Seperti namanya, ia direka khas untuk membantu pelajar memahami topik kompleks dengan lebih berkesan.

Ciri Study Mode sama seperti ‘Learning Mode’ yang ditawarkan oleh Anthropic. ChatGPT dalam mod ini akan bertindak sebagai pembimbing pembelajaran. Menggunakan pendekatan Socratic yang mendorong pelajar menjawab soalan melalui bimbingan langkah demi langkah.

Untuk permulaan, ChatGPT akan bertanyakan beberapa soalan untuk menilai tahap pemahaman dan matlamat pengguna seterusnya akan menyediakan maklumat secara berstruktur.
OpenAI menyatakan ciri ini dibangunkan dengan kerjasama guru, saintis dan pakar pedagogi serta menggunakan arahan sistem tersuai bukan model AI baru sepenuhnya.