Close

Microsoft jadi syarikat kedua capai nilai pasaran $4 trilion

Microsoft kini menjadi syarikat kedua di dunia yang mencapai nilai pasaran melebihi $4 trilion.

Saham Microsoft melonjak sekitar 8% sekaligus menjadikan nilai pasaran syarikat tersebut mencapai $4.1 trilion. Microsoft mencatat peningkatan pendapatan 18% yang didorong oleh perniagaan Azure cloud computing.

Microsoft menyatakan jualan daripada perniagaan Azure dan perkhidmatan awan lain melebihi $75 bilion, meningkat 34% daripada tahun sebelumnya. Selain itu, kejayaan ini turut dibantu oleh gelombang kecerdasan buatan (AI).

Dengan nilai pasaran mencapai $4 trilion, Microsoft kini menyertai Nvidia dalam senarai eksklusif syarikat mega dunia. Apple, yang pernah menjadi syarikat paling bernilai, kini berada dikedudukan ketiga dengan nilai pasaran sekitar $3.2 trilion.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN