Instagram mengemas kini syarat untuk membolehkan pengguna membuat siaran langsung atau live pada aplikasi mereka.

Melalui kemas kini tersebut, hanya akaun awam dengan 1000 pengikut atau lebih sahaja yang dibenarkan untuk membuat siaran langsung. Berbeza dengan sebelum ini, ciri tersebut boleh digunakan tanpa sebarang penetapan jumlah pengikut. Selain itu, akaun peribadi juga tidak boleh melakukan siarang langsung biarpun mempunyai lebih dari 1000 pengikut.

Tiada penjelasan khusus yang dikeluarkan oleh Meta mengenai perubahan ini. Namun, ia mungkin bertujuan untuk memberikan pengalaman siaran langsung yang lebih baik atau mengurangkan kos kerana ciri tersebut memerlukan kos server yang tinggi.
Perubahan ini menerima pelbagai reaksi dari pengguna dengan rata-rata menyatakan kekecewaan dan berharap Instagram akan menarik balik kemas kini atau syarat tersebut.