Instagram memperkenalkan ciri baru iaitu ‘Repost’ yang direka untuk membantu pengguna berhubung dengan lebih baik.

Seperti namanya, ciri ini membolehkan pengguna lain atau rakan membuat perkongsian semula Reels dengan lebih mudah. Ciri ini boleh dilakukan tanpa perlu mengikuti sesuatu akaun dan akan memaparkan tab khas ‘Repost’ pada profil, memperilhatkan perkongsian semula yang pernah dibuat.
Semua kandungan yang dikongsi semula akan dikredit kepada pencipta asal, sekaligus membantu meningkatkan lagi capaian kandungan. Ciri ini telahpun tersedia secara berperingkat dan dijangka akan tiba kepada semua pengguna dalam masa terdekat.