Close

WhatsApp perkenal ciri baru – Boleh jadualkan panggilan

WhatsApp membawakan satu lagi ciri baru yang membolehkan pengguna ‘Schedule Call’ atau jadualkan panggilan.

Ciri ini diletakkan pada bahagian Calls dan pengguna perlu memilih Schedule Call untuk menetapkan tarikh dan masa, seterusnya menjemput individu atau kumpulan. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menetapkan jenis panggilan suara atau video.

Pengguna juga boleh menguruskan panggilan yang dijadualkan melalui tab yang sama dengan senarai lengkap peserta. Selain itu, pencipta pautan akan menerima notifikasi setiap kali pengguna menyertai panggilan melalui pautan tersebut.

Selain itu, WhatsApp turut menyokong Raise Hand dan In-call Reactions ketika panggilan, untuk memberikan pengalaman panggilan video yang lebih lancar dan interaktif.

ARTIKEL BERKAITAN