Close

BYD akan buka kilang EV di Tanjung Malim

Syarikat EV dari China iaitu BYD mengesahkan rancangan untuk membina kilang pemasangan tempatan (CKD) di Tanjung Malim, Perak dengan pelaburan 100% di bawah BYD.

Kilang tersebut dikatakan berkeluasan 600,000 meter persegi dan dijangka akan beroperasi bermula pada separuh kedua 2026. Dengan adanya kilang CKD di Malaysia, BYD bakal menikmati insentif baru yang lebih menguntungkan. Kerajaan menawarkan insentif cukai untuk EV CKD sehingga 2027, sementara insentif cukai untuk model EV CBU akan tamat pada 31 Disember 2025.

Selain itu, model PHEV (plug-in hybrid) dikatakan berpotensi untuk diperkenalkan di bawah mekanisme insentif baru NCM (New Customised Incentive Mechanism). Di Malaysia, BYD telahpun menawarkan enam model EV iaitu BYD Atto 2, BYD Atto 3, BYD Sealion 7, BYD M6, BYD Seal dan BYD Dolphin.

Dengan pelaburan ini, BYD bakal menyertai senarai pengeluar lain yang turut memasang EV di Malaysia seperti Volvo dan Mercedes-Benz. Beberapa pengeluar lain seperti Proton, Leapmotor, TQ Wuling dan Volkswagen turut merancang untuk memulakan pemasangan tempatan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN