Dua konsol mudah alih baru iaitu ASUS ROG Xbox Ally dan Ally X akan tiba secara rasmi pada 16 Oktober ini di lebih 30 pasaran termasuk Malaysia. Kedua-dua konsol mudah alih ini telahpun diperlihatkan di acara Gamescom 2025.

ASUS ROG Xbox Ally hadir dengan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong FreeSync Premium. Dikuasakan dengan cip AMD Ryzen Z2A yang digabungkan dengan GPU RDNA2 8 teras. Untuk konfigurasi memori, ia menggunakan RAM 16GB LPDDR5X-6400 dan storan dalaman 512GB PCIe 4.0 SSD.
Dimuatkan dengan bateri 60Wh yang mampu memberikan tempoh permainan yang lebih panjang. Dari segi sambungan, terdapat 2x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DP 2.1, slot microSD UHS-II dan 1x bicu audio 3.5mm.

Manakala untuk ASUS Xbox Ally X, ia hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa pada CPU, GPU dan juga RAM. Turut menggunakan skrin 7-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong FreeSync Premium. Dikuasakan dengan cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme yang dipadankan dengan GPU RDNA 2 18 teras. Dilengkapi dengan konfigurasi RAM 24GB LPDDR5X-8000 RAM dan storan dalaman 1TB PCIe 4.0 SSD.
Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar 80Wh. Untuk sambunga, terdapat 1x USB-Thunderbolt 4, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DP 2.1, slot microSD UHS-II dan 1x bicu audio 3.5mm.
Kedua-dua konsol ini mampu memainkan pelbagai permainan popular seperti DOOM: The Dark Ages, Final Fantasy VII Remake Intergrade, Gears of War: Reloaded, Hogwarts Legacy, Lies of P, Garden, Rival, Balatro dan beberapa lagi.
Bercakap mengenai harga jualan, Microsoft belum lagi mendedahkan harga jualan untuk kedua-dua konsol mudah alih.