Close

YouTube Premium kini menyokong kualiti audio lebih tinggi dan kelajuan hingga 4x

YouTube memperkenalkan ciri baru yang lebih menarik untuk pengguna berbayar iaitu YouTube Premium.

Pengguna YouTube Premium kini boleh menikmati kualiti audio yang lebih tinggi sehingga 256kbps di YouTube atau YouTube Music pada peranti iOS dan Android. Melalui ciri ini, ia memberikan pengalaman audio yang lebih baik dan berkualiti. Sebelum ini, ciri tersebut hanya ditawarkan melalui YouTube Music sahaja.

Selain itu, pengguna kini boleh menonton video pada kelajuan yang lebih pantas iaitu sehingga 4x, berbanding sebelum ini hanya 2x. Menariknya, ciri ini boleh digunakan pada Android, iOS dan juga Web tidak seperti sebelumnya hanya terhad pada Android dan iOS.

Pengguna iOS kini boleh menonton YouTube Shorts secara Picture-in-Picture (PiP) dan Shorts kini boleh dimuat turun. Ciri Jump Ahead kini diperluaskan kepada aplikasi YouTube untuk TV pintar dan juga konsol permainan.

ARTIKEL BERKAITAN