Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula diberikan kepada penerima yang layak bermula 18 Oktober ini bersempena sambutan Deepavali.
Perkara tersebut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2026. Sama seperti sebelum ini, pembayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), mengikut kepada kategori kelayakan masing-masing.

Bukan itu sahaja, kerajaan akan turut memberikan diskaun tol sebanyak 50% selama dua hari sempena perayaan tersebut. Menurut Perdana Menteri, tahun ini kerajaan memperuntukkan RM13 bilion bagi pelaksanaan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dimanfaatkan hampir sembilan juta penerima.

Untuk semakan status kelayakan atau maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau manfaat.mof.gov.my.