Close

realme 16 Pro+ akan hadir dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan bateri 7000mAh

Menjelang pelancaran siri realme 16 Pro pada 6 Januari 2026, realme secara rasmi telah berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti tersebut.

Melalui perkongsian tersebut, realme 16 Pro+ disahkan hadir dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB. Skor penanda aras AnTuTu untuk peranti ini mencapai sekitar 1.44 juta, menandakan peningkatan ketara dari segi prestasi.

Peranti akan dilengkapi dengan skrin jenis melengkung dengan kecerahan puncak 6500 nits bersama bezel yang lebih nipis sekitar 1.48mm, menjanjikan pengalaman visual yang lebih baik. Selain itu, peranti ini akan dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W.

Dari segi ketahanan, realme 16 Pro+ akan menyokong penarafan IP69 Pro untuk memberi perlindungan yang lebih baik terhadap habuk dan air.

ARTIKEL BERKAITAN