Close

Siri Redmi Note 15 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

Xiaomi melalui platform media sosial rasmi mereka mendedahkan peranti baru iaitu siri Redmi Note 15 akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan siri Redmi Note 15 hadir dengan ketahanan yang lebih baik dan spesifikasi yang lebih berkuasa. Siri Redmi Note 15 telahpun dilancarkan secara global dengan tiga pilihan model iaitu Redmi Note 15 Pro, Redmi Note 15 Pro 5G dan Redmi Note 15 Pro+ 5G.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah ketiga-tiga model ini akan ditawarkan ke pasaran tempatan atau sebaliknya. Selain itu, mungkin terdapat perbezaan dari segi spesfikasi untuk pasaran tempatan.

Xiaomi Malaysia buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang tarikh pelancaran untuk peranti ini. Kami menjangkakan, lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN