Close

Maybank hadkan transaksi Google Pay kepada RM2500 – Berkuat kuasa 27 Januari 2026

Maybank bakal mengehadkan perbelanjaan atau transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Google Pay kepada RM2500, berkuat kuasa pada 27 Januari 2026.

Melalui perlaksanaan ini, pembayaran maksima Google Pay akan dihadkan kepada RM2500 bagi setiap transaksi. Untuk transaksi melebihi had tersebut, pengguna perlu menggunakan kad fizikal untuk melakukan transaksi.

Selain itu, untuk pembelian melebihi RM250 pengguna tidak lagi perlu memasukkan PIN kad, sekali gus dapat memberikan pengalaman pembayaran yang lebih lancar. Untuk keselamatan tambahan, pengguna boleh menurunkan had transaksi Google Pay kepada kurang daripada RM2500 dengan melaraskan had pembelian kad debit melalui platform Maybank2U.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perubahan ini, pengguna boleh menghubungi pihak Maybank melalui e-mel di [email protected] atau telefon 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

ARTIKEL BERKAITAN