Close

WhatsApp kini membenarkan pengguna melakukan “Reserved Username”

WhatsApp bakal menyokong ciri ‘Username’ alternatif kepada sistem nombor telefon yang digunakan pada ketika ini.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna berinteraksi atau berhubung tanpa perlu menggunakan nombor telefon. Sekali gus, menjadikan komunikasi lebih selamat dan lebih privasi. Ciri username merupakan alternatif, bermaksud pengguna masih boleh memilih untuk menggunakan nombor telefon.

Selain itu, ciri ini tidak akan mendedahkan nombor telefon melainkan kedua-dua pengguna telah menyimpan nombor masing-masing dalam buku alamat. Pengguna boleh menggunakan username untuk memulakan perbualan. Pendekatan ini membantu mengurangkan kekeliruan identiti serta menjadikan username sebagai rujukan utama dalam perbualan yang tidak berkait dengan kenalan yang disimpan.

Selain itu, ia menyelesaikan masalah akaun WhatsApp tidak boleh digunakan apabila bertukar nombor telefon dan nombor telefon luput atau dibeli orang lain. Seiring dengan ketibaan ciri ini, sesetengah pengguna kini boleh menempah atau melakukan reserverd username.

Walau bagaimanapun, pada percubaan kami ciri ini hanya tersedia untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini, Untuk mengakses ciri ini pergi ke Tetapan > Akaun > Nama Pengguna. Bagi pengguna yang menyokong ciri ini, anda kini boleh menempah atau reserved username lebih awal, sebagai persediaan apabila ciri ini mula diberikan kepada semua pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN